...SEKIRANYA kawan-kawan berminat untuk memiliki terjemahan HADIS-HADIS AKHIR ZAMAN ini sila buat PENDAFTARAN di bawah ini, T.Q (ini adalah bertujuan untuk memudahkan kawan-kawan membacanya di email masing-masing/tak payahlah nak buka blog saya ni hari-hari)
Name
Email
sila sahkan pendaftaran ini kat email anda

Khamis, 19 Ogos 2010

KAEDAH 2 : BERCERITA (Uslub al-Qasas)- Kaedah bercerita menguatkan hubungan anak-anak dengan ibubapa.

Ibubapa hendaklah menggunakan kisah-kisah teladan untuk bercerita kepada anak-anak. Memang tidak dapat dinafikan bahawa semua golongan suka mendengar cerita. Tanpa mengira usia, baik yang muda mahupun yang tua dan yang paling seronok mendengar cerita adalah kanak-kanak.

Di samping itu, kaedah bercerita ini boleh mengeratkan hubungan di antara anak dengan pencerita, iaitu ibubapa. Akan wujud pertalian yang erat dan komunikasi dua hala di antara ibubapa dan anak-anak sewaktu sesi bercerita itu berlangsung.

Di samping itu, anak-anak dapat ilmu dan maklumat yang baru daripada cerita-cerita dan kisah-kisah yang menarik tersebut. Melalui kaedah ini, kita boleh bercerita mengenai kisah dari al-Quran, kisah-kisah nabi, cerita dan pengalaman menarik ibubapa sendiri.

CIRI-CIRI KELEBIHAN KAEDAH BERCERITA
Sesi bercerita boleh mengerat dan merapatkan hubungan antara anak dengan ibubapanya
  • Suanasa dan bentuk penyamapaian lebih santai.
  • Posisi anak berada lebih dekat dengan ibubapa.
  • Terdapat persentuhan tubuh badan.
  • Suasana tidak formal.
  • Anak-anak tidak tertekan untuk mendengarnya.
  • Anak-anak boleh bertindak balas/memberi respons melalui komunikasi 2 hala.
Tujuan Menyampaikan Cerita
  1. Pertama: Untuk mendidik anak-anak secara tidak langsung melalui pemahaman minda di bawah sedar mereka kerana cerita yang disampaikan tidak berbentuk arahan atau paksaan terhadap mereka untuk mendengarnya. Dengan lain perkataan, anak-anak akan mendengar cerita tersebut dengan rela hati dan penuh perasaan.
  2. Kedua: Untuk menyampaikan matlumat dan menyerapkan pengajaran yang boleh dicungkilkan daripada cerita tersebut.
  3. Ketiga: Boleh mengeratkan hubungan antara anak dan ibubapanya kerana sesi bercerita boleh santai dan bersentuhan fizikal di antara pencerita dan pendengar.
  4. Anak-anak yang boleh menggambarkan atau membayangkan di dalam minda mereka dengan jelas dan ini lebih berkesan bergantung kepada kemahiran pencerita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan