...SEKIRANYA kawan-kawan berminat untuk memiliki terjemahan HADIS-HADIS AKHIR ZAMAN ini sila buat PENDAFTARAN di bawah ini, T.Q (ini adalah bertujuan untuk memudahkan kawan-kawan membacanya di email masing-masing/tak payahlah nak buka blog saya ni hari-hari)
Name
Email
sila sahkan pendaftaran ini kat email anda

Khamis, 19 Ogos 2010

KAEDAH 3 : SOAL JAWAB- Bersoal jawab dengan anak-anak akan menggerakkan minda mereka.

Ibu bapa yang cemerlang hendaklah sentiasa bersoal jawab dan mengambil tahu tentang diri anak-anak dan mengenai perkembangan aktiviti dan pembelajaran mereka. Kaedah ini hendaklah dilakukan berterusan dan istiqamah.Jangan biarkan ibubapa dan anak-anak berada di dalam suasana diam dalam masa yang panjang.

Di dalam perjalanan.
Sewaktu di dalam perjalanan dalam kereta misalnya, ibubapa boleh berbual-bual dengan anak-anak. Gunakan elemen daripada pemandangan di sekitar perjalanan untuk mencari topik perbualan yang menarik. Amat malang sekali ibubapa yang hanya berdiam diri dengan anak-anaknya di sepanjang perjalanan yang jauh.

Di rumah
Jangan biarkan waktu bersama berlalu begitu sahaja tanpa saling bertanya khabar
Begitu juga sewaktu di rumah. Amat malang sekali keluarga yang berkeadaan membisu seribu bahasa di dalam rumah. Akhirnya, si anak akan membawa diri ke dalam biliknya dan ibubapa pula masuk ke dalam bilik mereka. Ibubapa seharusnya bertanya anak-anaknya tentang perkembangan pelajaran mereka di sekolah atau di IPT. Pendek kata, untuk bersoal jawab dengan anak-anak ini, ianya tidak mengira masa, keadaan dan tempat.

Waktu Makan
Ibubapa boleh bersoal jawab dengan anak-anak waktu makan kerana ketika itu seisi keluarga lazimnya bekumpul dalam kedaaan boleh dikatakan tenang dan selera. Jadi, amalan orang tua-tua yang mengatakan jangan bercakap ketika makan adalah tidak tepat. Masa makan meruapakan masa yang baik untuk nasihat menasihati dan bersoal jawab secara positif. Jangan bercakap tentang benda-benda yang lagha (melalaikan) dan duniawi semata-mata.
Bapa yang bijak menggunakan kesempatan bersama keluarga ketika makan untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan ahli keluarga.

Jika ibubapa tidak tahu
Di samping itu, ibubapa hendaklah berusaha menjawab semua persoalan anak-anak. Seandainya ibubapa tidak tahu atau tidak pasti akan sesuatu jawapan kepada soalan anak, jangan teragak-agak atau enggan untuk mengaku tidak tahu.

Ibubapa tidak perlu malu kerana ibubapa tidak semestinya tahu di dalam semua persoalan tambahan pula ibubapa telahpun memberi jawapan kepada banyak persoalan lain sebelumnya.

Dalam hal ini, apa tindakan ibubapa?

  • Ibubapa hendaklah mencari penjelasan atau jawapan kepada persoalan yang ditanyakan anak daripada orang yang mahir dalam bidangnya.
  • Pujuk dan ajak anak-anak untuk mencari jawapan bersama.
Pertanyaan anak kecil
Anak-anak kecil lazimnya bertanya soalan yang bertubi-tubi. Ramai ibubapa yang tidak ambil peduli keletah anak-anak ini. Malah ada ibubapa yang memperolok-olokkan anak-anak dengan seribu macam helah. Mereka rasa mendengar soalan-soalan anak-anak tidak penting. Tabiat ini tidak sewajarnya menjadi amalan
ibubapa.

Tabiat anak-anak bertanya itu sudah menggambarkan pembangunan minda anak-anak yang cemerlang. Jika ditangani dengan baik anak itu mempunyai potensi yang tinggi untuk menjadi anak-anak cemerlang.

Sebelum keluar rumah
Pada masa yang sama, ibubapa hendaklah sentiasa mengambil tahu akan perkembangan diri anak-anak terutamanya apabila anak itu hendak keluar rumah. Beri sedikit nasihat sebelum anak keluar supaya pandai menjaga maruah diri dan berhati-hati dengan keselamatan di jalan raya serta keselamatan di atas kenderaan.

Pertanyaan jika anak hendak keluar
1. Ke mana anak hendak pergi?
2. Pergi dengan siapa?
3. Naik kenderaan apa?
4. Apa tujuan?
5. Apa no. telefon kawan-kawan yang ikut serta?
6. Pukul berapa dijangka pulang?

Ibubapa hendaklah sentiasa bertanya kepada anak-anak dengan kasih sayang. Ibubapa tidak boleh bertanya dengan kasar seolah-olah seperti pegawai polis menyoal orang yang bersalah.

PANDUAN KHUSUS UNTUK ANAK PEREMPUAN
  • Jangan benarkan keluar bersendirian. Pastikan ditemani oleh abang, kakak atau adik lelaki. 
  • Jangan sekali-kali keluar dengan kawan lelaki. Lebih-lebih lagi jangan naik motor atau kereta bersama kawan lelaki. 
  • Mesti menutup aurat dengan lengkap. 
  • Jangan sekali-kali keluar pada waktu malam atau sampai ke rumah pada waktu malam. 
  • Jangan lalu di laluan yang sunyi, gelap, terpenci atau lalu di kawasan yang dikenali sebagai tempat budak lelaki berkumpul. 
  • Jangan menerima pelawaan dari orang yang tidak dikenali untuk ditumpangkan kenderaan atau dibelanja makan.

"Anak perempuan hendaklah keluar secara berkumpulan dan elakkan bersendirian.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan