...SEKIRANYA kawan-kawan berminat untuk memiliki terjemahan HADIS-HADIS AKHIR ZAMAN ini sila buat PENDAFTARAN di bawah ini, T.Q (ini adalah bertujuan untuk memudahkan kawan-kawan membacanya di email masing-masing/tak payahlah nak buka blog saya ni hari-hari)
Name
Email
sila sahkan pendaftaran ini kat email anda

Isnin, 23 Ogos 2010

KAEDAH 5: NASIHAT & TEGURAN

Beri nasihat dan teguran kepada anak-anak dalam hal aqidah, ibadah, akhlak, tanggungjawab, kesihatan, suci diri dan erti kesusahan.

Kaedah ini sangat penting dan ia berbeza dengan kaedah pesanan dan arahan. Ini kerana, kaedah nasihat dan
teguran ini tidak boleh dibuat setiap hari atau setiap masa kerana anak-anak akan bosan dan mudah merasa jemu.

Dalam soal-soal apakah nasihat dan teguran perlu diberikan?

PERTAMA: AQIDAH
Perbetulkan aqidah anak-anak. Ajar anak-anak mengucap dua kalimah syahadah dengan tepat serta memahami pengertiannya.

Beritahu mereka bahawa hanya Allah sahaja yang wajid disembah dan tiada Tuhan selainnya. Didik mereka agar tidak syirik atau menyekutukan Allah dengan benda-benda yang lain.

Ajar juga mereka bahawa segala yang baik dan buruk itu adalah ketentuan dari Allah swt sebagai tanda kita berada dengan Allah swt.

Ahad, 22 Ogos 2010

KAEDAH 4: RUJUK PENGALAMAN LALU Pengalaman yang positif boleh dijadikan teladan

Ibubapa boleh mendidik dengan merujuk atau menceritakan kepada anak-anak peristiwa-peristiwa dan pengalaman yang mereka lalui. Pengalaman yang positif boleh dijadikan teladan. Pengalaman yang negatif hendaklah dijadikan sempadan.

Pengalaman ini elok dibuktikan dengan gambar foto, dokumen dan barangan peninggalan yang terlibat.

Ibubapa juga boleh mengaitkan pengalaman dirimereka dengan peristiwa yang terdapat di dalam al-Quran, drama atau kisah-kisah benar di televisyen atau kisah dan berita yang dipaparkan di dalam akhbar atau
majalah.

Ini adalah kerana pengalaman ini amat mudah untukmenjelaskan mesej yang ingin disampaikan dan mudah pula untuk dijadikan iktibar oleh anak-anak.

Malah anak-anak akan mudah ingat rentetan peristiwa seperti itu untuk dijadikan pengajaran. Ini kerana gambaran yang diberikan adalah dalam bentuk realiti kehidupan atau seperti cerita filem. Ia memberi
kesan tersendiri berbanding nasihat yang tidakdisertakan dengan cerita.

Di samping itu, pengalaman anak-anak itu sendiri juga penting. Oleh itu, ibubapa perlulah sentiasa mengingatkan anak-anak mereka akan pengalaman positif yang pernah mereka lalui.

Kaitkan apa perlunya mereka berwaspada dengan peristiwa pahit yang telah mereka alami atau peristiwa manis dan kejayaan yang pernah mereka kecapi.

Khamis, 19 Ogos 2010

KAEDAH 3 : SOAL JAWAB- Bersoal jawab dengan anak-anak akan menggerakkan minda mereka.

Ibu bapa yang cemerlang hendaklah sentiasa bersoal jawab dan mengambil tahu tentang diri anak-anak dan mengenai perkembangan aktiviti dan pembelajaran mereka. Kaedah ini hendaklah dilakukan berterusan dan istiqamah.Jangan biarkan ibubapa dan anak-anak berada di dalam suasana diam dalam masa yang panjang.

Di dalam perjalanan.
Sewaktu di dalam perjalanan dalam kereta misalnya, ibubapa boleh berbual-bual dengan anak-anak. Gunakan elemen daripada pemandangan di sekitar perjalanan untuk mencari topik perbualan yang menarik. Amat malang sekali ibubapa yang hanya berdiam diri dengan anak-anaknya di sepanjang perjalanan yang jauh.

Di rumah
Jangan biarkan waktu bersama berlalu begitu sahaja tanpa saling bertanya khabar
Begitu juga sewaktu di rumah. Amat malang sekali keluarga yang berkeadaan membisu seribu bahasa di dalam rumah. Akhirnya, si anak akan membawa diri ke dalam biliknya dan ibubapa pula masuk ke dalam bilik mereka. Ibubapa seharusnya bertanya anak-anaknya tentang perkembangan pelajaran mereka di sekolah atau di IPT. Pendek kata, untuk bersoal jawab dengan anak-anak ini, ianya tidak mengira masa, keadaan dan tempat.

Waktu Makan
Ibubapa boleh bersoal jawab dengan anak-anak waktu makan kerana ketika itu seisi keluarga lazimnya bekumpul dalam kedaaan boleh dikatakan tenang dan selera. Jadi, amalan orang tua-tua yang mengatakan jangan bercakap ketika makan adalah tidak tepat. Masa makan meruapakan masa yang baik untuk nasihat menasihati dan bersoal jawab secara positif. Jangan bercakap tentang benda-benda yang lagha (melalaikan) dan duniawi semata-mata.
Bapa yang bijak menggunakan kesempatan bersama keluarga ketika makan untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan ahli keluarga.

Jika ibubapa tidak tahu
Di samping itu, ibubapa hendaklah berusaha menjawab semua persoalan anak-anak. Seandainya ibubapa tidak tahu atau tidak pasti akan sesuatu jawapan kepada soalan anak, jangan teragak-agak atau enggan untuk mengaku tidak tahu.

Ibubapa tidak perlu malu kerana ibubapa tidak semestinya tahu di dalam semua persoalan tambahan pula ibubapa telahpun memberi jawapan kepada banyak persoalan lain sebelumnya.

Dalam hal ini, apa tindakan ibubapa?

  • Ibubapa hendaklah mencari penjelasan atau jawapan kepada persoalan yang ditanyakan anak daripada orang yang mahir dalam bidangnya.
  • Pujuk dan ajak anak-anak untuk mencari jawapan bersama.
Pertanyaan anak kecil
Anak-anak kecil lazimnya bertanya soalan yang bertubi-tubi. Ramai ibubapa yang tidak ambil peduli keletah anak-anak ini. Malah ada ibubapa yang memperolok-olokkan anak-anak dengan seribu macam helah. Mereka rasa mendengar soalan-soalan anak-anak tidak penting. Tabiat ini tidak sewajarnya menjadi amalan
ibubapa.

Tabiat anak-anak bertanya itu sudah menggambarkan pembangunan minda anak-anak yang cemerlang. Jika ditangani dengan baik anak itu mempunyai potensi yang tinggi untuk menjadi anak-anak cemerlang.

Sebelum keluar rumah
Pada masa yang sama, ibubapa hendaklah sentiasa mengambil tahu akan perkembangan diri anak-anak terutamanya apabila anak itu hendak keluar rumah. Beri sedikit nasihat sebelum anak keluar supaya pandai menjaga maruah diri dan berhati-hati dengan keselamatan di jalan raya serta keselamatan di atas kenderaan.

Pertanyaan jika anak hendak keluar
1. Ke mana anak hendak pergi?
2. Pergi dengan siapa?
3. Naik kenderaan apa?
4. Apa tujuan?
5. Apa no. telefon kawan-kawan yang ikut serta?
6. Pukul berapa dijangka pulang?

Ibubapa hendaklah sentiasa bertanya kepada anak-anak dengan kasih sayang. Ibubapa tidak boleh bertanya dengan kasar seolah-olah seperti pegawai polis menyoal orang yang bersalah.

PANDUAN KHUSUS UNTUK ANAK PEREMPUAN
  • Jangan benarkan keluar bersendirian. Pastikan ditemani oleh abang, kakak atau adik lelaki. 
  • Jangan sekali-kali keluar dengan kawan lelaki. Lebih-lebih lagi jangan naik motor atau kereta bersama kawan lelaki. 
  • Mesti menutup aurat dengan lengkap. 
  • Jangan sekali-kali keluar pada waktu malam atau sampai ke rumah pada waktu malam. 
  • Jangan lalu di laluan yang sunyi, gelap, terpenci atau lalu di kawasan yang dikenali sebagai tempat budak lelaki berkumpul. 
  • Jangan menerima pelawaan dari orang yang tidak dikenali untuk ditumpangkan kenderaan atau dibelanja makan.

"Anak perempuan hendaklah keluar secara berkumpulan dan elakkan bersendirian.

    KAEDAH 2 : BERCERITA (Uslub al-Qasas)- Kaedah bercerita menguatkan hubungan anak-anak dengan ibubapa.

    Ibubapa hendaklah menggunakan kisah-kisah teladan untuk bercerita kepada anak-anak. Memang tidak dapat dinafikan bahawa semua golongan suka mendengar cerita. Tanpa mengira usia, baik yang muda mahupun yang tua dan yang paling seronok mendengar cerita adalah kanak-kanak.

    Di samping itu, kaedah bercerita ini boleh mengeratkan hubungan di antara anak dengan pencerita, iaitu ibubapa. Akan wujud pertalian yang erat dan komunikasi dua hala di antara ibubapa dan anak-anak sewaktu sesi bercerita itu berlangsung.

    Di samping itu, anak-anak dapat ilmu dan maklumat yang baru daripada cerita-cerita dan kisah-kisah yang menarik tersebut. Melalui kaedah ini, kita boleh bercerita mengenai kisah dari al-Quran, kisah-kisah nabi, cerita dan pengalaman menarik ibubapa sendiri.

    CIRI-CIRI KELEBIHAN KAEDAH BERCERITA
    Sesi bercerita boleh mengerat dan merapatkan hubungan antara anak dengan ibubapanya
    • Suanasa dan bentuk penyamapaian lebih santai.
    • Posisi anak berada lebih dekat dengan ibubapa.
    • Terdapat persentuhan tubuh badan.
    • Suasana tidak formal.
    • Anak-anak tidak tertekan untuk mendengarnya.
    • Anak-anak boleh bertindak balas/memberi respons melalui komunikasi 2 hala.
    Tujuan Menyampaikan Cerita
    1. Pertama: Untuk mendidik anak-anak secara tidak langsung melalui pemahaman minda di bawah sedar mereka kerana cerita yang disampaikan tidak berbentuk arahan atau paksaan terhadap mereka untuk mendengarnya. Dengan lain perkataan, anak-anak akan mendengar cerita tersebut dengan rela hati dan penuh perasaan.
    2. Kedua: Untuk menyampaikan matlumat dan menyerapkan pengajaran yang boleh dicungkilkan daripada cerita tersebut.
    3. Ketiga: Boleh mengeratkan hubungan antara anak dan ibubapanya kerana sesi bercerita boleh santai dan bersentuhan fizikal di antara pencerita dan pendengar.
    4. Anak-anak yang boleh menggambarkan atau membayangkan di dalam minda mereka dengan jelas dan ini lebih berkesan bergantung kepada kemahiran pencerita.

    KAEDAH 1: Pesanan Dan Arahan "Arahan tetapi nadanya berbentuk pesanan"

    Pesanan dan Arahan merupakan salah satu kaedah yang disarankan oleh Rasulullah saw. Anak-anak hendaklah dididik dengan dipesankan sesuatu terlebih dahulu.

    Lihat Bagaimana reaksinya. Apakah mereka boleh lakukannya hanya selepas sekali pesanan? Jika tidak berkesan maka hendaklah dipesan berulang kali tanpa merasa jemu dan bosan.

    Menurut pandangan pakar pendidikan kanak-kanak, anak yang pintar perlu diberi nasihat dan pesanan 200 kali tanpa bosan supaya mereka benar-benar faham dan dapat bertindak dengan baik. "ARAHAN DENGAN LEMAH LEMBUT DAN KASIH SAYANG"

    Kita selaku ibubapa patutlah sentiasa berpesan sesuai dengan tindak-tanduk dan amalan-amalan yang mereka lakukan setiap hari.

    Jika pesanan demi pesanan tidak berkesan, maka ibubapa perlu bertindak pada tahap kedua iaitu mengarah atau memberi arahan. Tetapi arahan hendaklah dengan lemah lembut dan kasih sayang. "Arahan tetapi nadanya berbentuk pesanan".

    Setelah berpesan dan memberi arahan berulang kali, barulah ada penghayatan yang terpahat kukuh di kalbunya. Ingatlah, pesanlah tanpa rasa bosan dan jemu setiap hari.

    Pesanlah dengan istiqamah atau berterusan. Apabila anak telah meningkat dewasa, berumah tangga dan tinggal berasingan, ibubapa masih perlu berpesan dan mengingatkan. Jika tinggal berasingan, ibubapa masih perlu berpesan dan mengingatkan.

    Jika tinggal berjauhan, sampaikanlah memalui sms atau telefon.

    PESANAN DAN ARAHAN KEPADA ANAK-ANAK
    • Tentang solat di awal waktu
    • Adab dengan orang tua-tua.
    • Adab dengan guru.
    • Adab dengan kawan-kawan.
    • Tugas harian di rumah seperti mandi pada waktu yang betul, dll.
    • Mengemas bilik sendiri termasuk meja belajar.
    • Tatacara makan mengikut sunnah Rasulullah saw.
    • Cara belajar yang berkesan.
    • Ingat sentiasa untuk menutup aurat ketika hendak keluar dari rumah.
    • Keselamatan di jalan raya.
    • Tanggungjawab melindungi adik-adik.  

    IBUBAPA HENDAKLAH SENTIASA MEMBERI INGATAN DAN ARAHAN
    1.  Solat di awal waktu
    2. Beradab ketika makan
    3. Menutup Aurat Sebelum keluar rumah
    4. Belajar Dengan Cemerlang
    5. Bersuci diri dengan bersih
    6. Bekerjasama di kalangan adik beradik
    Inilah contoh tutup aurat yang sepenuhnya bagi muslimah

    "Anak-anak perempuan paling penting dipesan dan diingatkan untuk menjaga maruah dan akhlak"