...SEKIRANYA kawan-kawan berminat untuk memiliki terjemahan HADIS-HADIS AKHIR ZAMAN ini sila buat PENDAFTARAN di bawah ini, T.Q (ini adalah bertujuan untuk memudahkan kawan-kawan membacanya di email masing-masing/tak payahlah nak buka blog saya ni hari-hari)
Name
Email
sila sahkan pendaftaran ini kat email anda

Khamis, 19 Ogos 2010

KAEDAH 1: Pesanan Dan Arahan "Arahan tetapi nadanya berbentuk pesanan"

Pesanan dan Arahan merupakan salah satu kaedah yang disarankan oleh Rasulullah saw. Anak-anak hendaklah dididik dengan dipesankan sesuatu terlebih dahulu.

Lihat Bagaimana reaksinya. Apakah mereka boleh lakukannya hanya selepas sekali pesanan? Jika tidak berkesan maka hendaklah dipesan berulang kali tanpa merasa jemu dan bosan.

Menurut pandangan pakar pendidikan kanak-kanak, anak yang pintar perlu diberi nasihat dan pesanan 200 kali tanpa bosan supaya mereka benar-benar faham dan dapat bertindak dengan baik. "ARAHAN DENGAN LEMAH LEMBUT DAN KASIH SAYANG"

Kita selaku ibubapa patutlah sentiasa berpesan sesuai dengan tindak-tanduk dan amalan-amalan yang mereka lakukan setiap hari.

Jika pesanan demi pesanan tidak berkesan, maka ibubapa perlu bertindak pada tahap kedua iaitu mengarah atau memberi arahan. Tetapi arahan hendaklah dengan lemah lembut dan kasih sayang. "Arahan tetapi nadanya berbentuk pesanan".

Setelah berpesan dan memberi arahan berulang kali, barulah ada penghayatan yang terpahat kukuh di kalbunya. Ingatlah, pesanlah tanpa rasa bosan dan jemu setiap hari.

Pesanlah dengan istiqamah atau berterusan. Apabila anak telah meningkat dewasa, berumah tangga dan tinggal berasingan, ibubapa masih perlu berpesan dan mengingatkan. Jika tinggal berasingan, ibubapa masih perlu berpesan dan mengingatkan.

Jika tinggal berjauhan, sampaikanlah memalui sms atau telefon.

PESANAN DAN ARAHAN KEPADA ANAK-ANAK
  • Tentang solat di awal waktu
  • Adab dengan orang tua-tua.
  • Adab dengan guru.
  • Adab dengan kawan-kawan.
  • Tugas harian di rumah seperti mandi pada waktu yang betul, dll.
  • Mengemas bilik sendiri termasuk meja belajar.
  • Tatacara makan mengikut sunnah Rasulullah saw.
  • Cara belajar yang berkesan.
  • Ingat sentiasa untuk menutup aurat ketika hendak keluar dari rumah.
  • Keselamatan di jalan raya.
  • Tanggungjawab melindungi adik-adik.  

IBUBAPA HENDAKLAH SENTIASA MEMBERI INGATAN DAN ARAHAN
  1.  Solat di awal waktu
  2. Beradab ketika makan
  3. Menutup Aurat Sebelum keluar rumah
  4. Belajar Dengan Cemerlang
  5. Bersuci diri dengan bersih
  6. Bekerjasama di kalangan adik beradik
Inilah contoh tutup aurat yang sepenuhnya bagi muslimah

"Anak-anak perempuan paling penting dipesan dan diingatkan untuk menjaga maruah dan akhlak"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan